Thursday, June 7, 2007

Kembara sastera di MacRitchie

Oh!Sungguh nyaman pada hari semalam!
Tidak pernah saya rasa betapa indah nya alam semesta.
Oh!Memang penat berjalan sekeliling MacRitchie itu.
Akan tetapi,kicauan burung yang mendendangkan lagu irama membuat saya tidak berputus asa untuk mendaki bukit-bukit kecil dan jalan yang penuh dengan batu-bata.
Kami mula dengan memanaskan badan dan memberi salam kepada mahluk-mahluk yang ada di sana.
Pada mulanya,saya rasa takut kerana pelbagai cerita sudah saya dengar tentang perkara yang sudah berlaku di MacRitchie.
Tetapi,dengan kekecohan kawan-kawan saya,semangat saya pulih kembali.
Kerjasama kawan-kawan saya dan juga saya,selamatlah semua dan adalah saya pada hari ini.
Ribuan terima kasih kawan-kawan sekalian!

Di perhentian pertama iaitu satu jam daripada permulaan MacRitchie,yang dipanggil Terap Hut,kami berehat dan membuat aktiviti pertama iaitu mengetahui lebih banyak tentang apakah itu sajak dan memberi pandangan tersendiri.
Bagi saya,sajak ialah meluahkan sesuatu yang kita lihat di sekelilig kita,menghargai keindahan alam dan ada makna tersirat di dalam sajak tersebut.
Selain daripada itu,aktiviti penglihatan juga ada.
Di MacRitchie,kami seharusnya memperhatikan apa yang ada di sekeliling kita sewaktu kita mendaki bukit itu.
Pelbagai perkara yang boleh kita lihat ketika itu.
Akhir aktiviti tersebut,kita berbincang dan berkongsi pendapat.
Tiba-tiba,Suhastri yang mempunyai pendengaran yang tajam,dia terdengar sesuatu bunyi yang aneh di semak samun itu.
Alangkah terperanjatnya kami apabila ternampak ular yang berwarna kekuning-kuningan yang sedang melintas jalan di hadapan tempat kami berehat.
Kami berasa takut dan 'jakun' kerana tentu yang ramai daripada kami tidak pernah melihat ular liar.
Itulah membuat kami melangkah lebih jauh kerana ingin melihat sesuatu yang kita tidak pernah lihat di bandar Singapura.
Bukan ular sahaja yang kita lihat dan dengar 'ssssssssss' nya malahan,terdengar gerunan babi hutan.
Apalagi,cabutlah OI!
Hehs!.....
IMG_2198

IMG_2199

dscn0052

IMG_2200

IMG_2203


Kami sambung perjalanan kami dan memetik gambar bersama kawan-kawan saya.
Oh!Kecoh!
Sayang Semuanya!
Sambil memetik gambar dan berjalan untuk ke destinasi seterusnya,kami beralas perut dengan makanan kami bawa.
Gembira tidak terkata.
Hehs!......
Sewaktu mendaki satu bukit kecil,ternampak biawak yang ingin mencari makanan buat dirinya.
Waduhh,macam raksasa.
Ngeri.
Kami pon sambung perjalanan kami dan berhenti di perhentian kedua iaitu di Ranger Station.
Di situ kami berehat,ke tandas dan menambah air jarang.
Menikmati makanan dan berbual kosong.
Kami dapati semut di sana,semuanya besar-besar belaka.
Bahagian belakangnya kemerah-merahan.
Lain daripada apa yang terdapat di rumah sekalian.
Untuk beberapa minit kemudian,kita mulakan perjalanan ke Jelutong Tower.
img_2212

img_2217

img_2222

img_2224

img_2229

img_2236

img_2240
Setibanya di Jelutong Tower,perhentian ketiga,kita sambung dengan aktiviti yang kedua.
Aktiviti kedua kami,bahagian pertama,ialah 'Lambang Kata'.
Kami melambangkan sesuatu yang kita boleh lihat dengan perkataan yang sesuai.
Contohnya,Pokok > Buluh > Kekuatan
Bahagian kedua pula ialah unsur-unsur perorangan(Personification).
Ia seperti berhubungkait dengan perkataan yang kita lihat akan tetapi kita menukarkan nyar dengan kata-kata seperti sungai membawa rezeki.
Bagi saya,ini amat berguna untuk kami yang ingin menulis puisi atau sajak.
Tambahan lagi,keadaan di Jelutong Tower sungguh berangin.
Makin bertambahlah ilham yang saya dapat.
Hehs!......
Angin yang berpusu-pusu mengingatkan saya keadaan di Indonesia.
Waduh Waduh!Enak banget donggg!
Kami pon menikmati roti yang dibawa oleh Syairah.
Baik kan kawan saya?
Hehs!.....
Sambil itu,saya pon mendendangkan lagu untuk semua org.
Lagu jiwang.
Oh!Sungguh merdu!
Terima Kasih!

img_2269

img_2275

img_2268

img_2298

img_2323

img_2324

img_2331

Setelah itu,kami sambung lagi perjalanan kami.
Terdapat tempat permainan golf di sebelah MacRitchie.
Kolam yang tenang dan penuh dengan kura-kura membuat saya rasa tenang.
Kami berhenti di satu sudut dan duduk , menikmati angin di situ.
Cikgu memberi kami aktiviti yang ketiga , iaitu membuat puisi menggunakan 4 benda yang kami pungut sewaktu kami berada di dalam hutan Mac Ritchie.

Inilah rekaan puisi kumpulan saya :
Batu-
Kekerasan memancarkan kekuatan.
Berwarna kelabu batu itu,
Berdudukkan sendirian
Menusuk kalbu.

Dedaun-
Gugur dedaun itu.
Kehijauan melambang kesayuan.
Jatuh ke muka bumi,
Hari demi hari.

Bunga Pokok Bakar-
Bunga pokok bakar
Membakar warna kemanisanmu.
Kesucian mendayu-dayu.
Ingatlah aku selalu di lubuk hatimu.

Jambu laut-
Terapung-apung jambu laut,
Memanggil-manggil meminta tolong.
Arus air membawa jauh.
Jauh dari rumahnya yang betul.

Setelah membuat puisi-puisi ini,saya meluahkan perasaan saya dan mempersembahkan puisi-puisi ini.
Ishkkkk!
Tidak boleh angkat lar seh!
Hahaha!
Bukan saya seorang sahaja.
Kawan-kawan saya yang lain pun mempersembahkan puisi-puisi mereka.
Bagus-bagus jugak puisi-puisi mereka itu.
Syabas!

Selepas persembahan masing-masing ditayangkan,kami pun beredar dari situ dan sambung berjalan sampai penghabisannya.

Sampai di penghabisan Mac Ritchie,kami berehat di satu kopitiam dah membeli minuman.
Fuhhhh.....penat tidak terhingga!
Namun,kami tetap bersemangat untuk mempersembahkan sekali lagi puisi-puisi masing-masing.
Keseluruhannya,saya ingin berterima kasih kepada Cikgu Muslim kerana membawa kami ke tempat yang membuat kami ingin belajar dengan lebih semangat.
Aktiviti-aktiviti ini amat berkesan bagi saya.
Maju jaya semua!

=) Pizza hut tahun ini , Swensen tahun depan yerr !